Sogit (Sagit) Law

in #borneo7 years ago

Perkataan ini sangat sinonim dalam kalangan masyarat Kadazan Dusun, Sogit bertujuan untuk membayar denda kepada 2 entiti iaitu orang yang telah tersinggung/disakiti dan semangat/roh atas perbuatan salah yang telah dilakukan.

Perkataan osogit ini membawa maksud Sejuk, dan boleh ditafsirkan Denda Menyejukkan. Dalam masyarakat Kadazan Dusun, sejuk selalu bersifat baik manakala panas biasanya membawa makna yang tidak baik.

Amalan denda sogit masih diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Kadazan Dusun sehingga ke hari ini. Terbaru kes dimana seorang guru didakwa kononnya telah mengigit seorang murid tahun 4. Dan kes ini tela diselesaikan secara adat kampung dengan membayar sogit seekor ayam ( rujuk: https://www.nst.com.my/news/nation/2018/02/332625/rooster-given-sogit-payment-pupil-whose-hand-was-allegedly-bitten-his )
IMG_20180210_074816.jpg

Selain itu, amalan Sogit juga sedikit sebanyak berjaya membendung kes membuang bayi. Mengikut adat kampung masyarakat Kadazan Dusun zaman dahulu, bagi mana-mana gadis yang mengandung anak luar nikah atau tiada bapa. Ketua adat akan menetapkan hukuman bahawa dia perlu bersalin di dalam hutan seorang diri, dan jika ia berjaya bersalin dan kembali ke kampung. Maka ia perlu membayar sogit dama ada ayam, babi atau kerbau untuk meredahkan kepanasan itu.

unnamed.jpg

Selepas selesai makan sogit, tiada siapa lagi dibenerkan untuk mengungkit kesilapan lalu gadis tersebut. Sesiapa yang mengungkit, ia akan mendapat kepanasan.

artikal ini diulas secara umum sahaja, dan hanya terpakai disebahagian tempat dan mengikut peredaran zaman

Sort:  

Thank you for sharing this..keep posting and cheers..👏

that is special about borneo.. we are lucky be a part of this history...

so after giving birth in the jungle alone, they just left the baby alone or bring them back to the village and raise them..?

Bring them back to the village and raise them as usual... As long they pay the sogit...